2008 - Menanti tirainya dilabuhkan

Wednesday, December 31, 2008
Tidak beberapa lama lagi, tirai 2008 akan berlabuh dan 2009 akan memulakan pentasnya. Apa yang telah kita capai sepanjang 2008?

Bagi aku sendiri, tahun 2008 merupakan tahun yang mencabar. Sedikit kesilapan dan kealpaan dalam percaturan hampir membawa kemusnahan. Tapi, nasib baik tak sampai tahap tu lagi. Apa yang lebih menarik, berakhirnya tahun 2008, bermakna angka satu (1) tidak akan muncul di depan umurku. Tahun hadapan, iaitu esok, secara tak rasmi, aku akan berumur 20 tahun. Secara rasminya, aku akan beurmur 20 tahun 10 hari kemudian. Sahabatku, anda bagaimana?

Prestasi akademik tahun 2008 agak mengecewakan. Dengan permulaan GPA yang sedikit rendah, nampaknya perkara yang sama bakal berulang untuk semester kedua. Semakin berdebar menunggu keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Walaupun aku cuba berubah untuk semester kedua, keadaan tidak banyak bezanya dan menjadi lebih teruk terutama semasa menduduki kertas terakhir. Risaunya...

Sepanjang cuti semester, aku cuba mencari identiti dan jalan yang telah aku tinggalkan. Jalan yang dulu pernah aku lalui, tapi kerana sukar, aku lari. Tapi, itulah hakikat yang sebenarnya. Bantulah aku untuk kembali ke jalan yang betul!

Aku mencari semula semangat yang hilang,
Di sebalik jiwa yang kusut,
Untuk berada di jalan yang lurus,
Meneruskan kembali perjuangan yang ditinggalkan.


Selamat tinggal 2008. Akanku kenangmu dalam diari hidupku.

beliamuda: dimanakah anda di malam ini?

Aku Bukan Musuh Harta

Tuesday, December 30, 2008

Tajuk: Aku Bukan Musuh harta
Kumpulan: Kopratasa
Lirik: Dr MAZA

Dengar lagu ini di IMEEM atau muat turun di sini.

Israel mengganas lagi

Monday, December 29, 2008
Semalam, semasa di majlis makan malam tahunan Radifleet Sdn. Bhd., aku menerima satu mesej daripada seorang kawan.

Gaza sedang diserang... Ribuan cedera+terbunuh... Saudara seIslam memerlukan solah hajat kalian.. (jgn main forward2 kalau xbuat)...

Aku terkejut juga. Tapi, bila baca ayat yang akhir tu, rasa lucu pula. Huhu~~. Itu memang stail dia. Dia paling benci orang forward mesej, tapi tak buat apa yang ada dalam mesej tu.

Hari ini, berita mengenai serangan Israel ke atas Gaza terpapar di dada-dada akhbar. Di bawah ialah petikan berita daripada Utusan Malaysian Online edisi 29 Dis, bertajuk "Israel terus mengganas" dan "Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza"

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

- Israel terus mengganas, Utusan Malaysia Online


KEKEJAMAN ISRAEL... Sebuah keluarga berlari menyelamatkan diri apabila peluru berpandu tentera udara Israel memusnahkan bangunan di kem pelarian Rafah, Genting Gaza, dalam serangan terbaru rejim zionis di wilayah berkenaan, semalam. - AFP


BANDAR GAZA 28 Dis. - Israel tidak mengendahkan seruan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan serangan, sebaliknya memberi amaran akan memperhebatkan operasi tentera ke atas Genting Gaza, termasuk mengerahkan askarnya ke wilayah Palestin ini.

Amaran Israel itu dikeluarkan ketika pesawat pejuang rejim Yahudi itu terus membedil kedudukan Hamas di wilayah ini hari ini menyebabkan enam lagi rakyat Palestin terkorban, menjadikan lebih 290 rakyat Palestin maut, manakala 650 lagi cedera dalam tempoh 24 jam selepas serangan udara Israel pertengahan pagi semalam.

Bumi Gaza telah dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu pesawat udara Israel dalam tempoh itu.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berikrar untuk meluaskan kempen pengeboman besar-besaran yang dilancarkan, sebagai membalas tembakan roket pejuang Hamas.

- Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza, Utusan Malaysia Online


Untuk berita penuh, sila semak mana-mana akhbar ataupun laman-laman berkaitan.

beliamuda: kenapa kita sentiasa ditindas? tepuk dada, tanya selera!

Petang ini hujan

Sunday, December 28, 2008
Agak kebudak-budakan la tajuk tu.. Tapi itulah kenyataan. Petang ini hujan. Hujan sedang turun dengan lebatnya. Eh, tak de lah lebat sangat, sekadarnya sahaja.

Amaran hujan lebat peringkat kuning di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dijangka berterusan sehingga esok.

Itu yang ditulis kat dalam berita dan yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada Jumaat lepas. Risaunya aku. Malam ni kena memandu. Eh, apa pula yang susahnya?

Masalahnya, aku tak pernah memandu malam dan jalan yang akan aku lalu adalah jalan kampung. Kalau hujan, lagi la parah. Dugaan betul. Tapi, aku nak memandu ke mana malam ni? Ahaks.. bukan nak keluar saja-saja. Malam ni aku akan memandu ke New Pacific Hotel untuk jamuan keluarga bengkel Radicare Kota Bharu. Sekadar membawa ahli kelurga. Pengganti Abah, sebab Abah kena berada di sana lebih awal. Kenyataannya, Abahlah yang menguruskan makan malam ni.

Laluan yang akan diambil? Tahu ke jalannya? Takpe2, aku dah minta tolong Google Earth sikit, untuk memudahkan aku. Dah tahu tempatnya, cuma tak biasa saja.


Gambar yang tak berapa nak ada dalam peta tu la jalan kampung yang akan aku lalu... haih...

beliamuda: rasa bersemangat sikit hari ini... sikit je ke?

Snippet: Blog Menghina Nabi...

Saturday, December 27, 2008
Baru sekejap tadi, aku berkesempatan untuk online. Sejak kebelakangan ni, internet agak terganggu sikit. Nasib baik tmnet dah maklumkan pasal gangguan ni. Kalau tak, hangin jugak.

Setelah aku buka Utusan Malaysia Online, terkejut juga tengok tajuk berita pasal blog menghina nabi. Baru je ke? Apa lagi, terus la aku tanya Pak Cik Google kesayangan. Mana la tahu boleh jumpa blog tu. Tapi, yang aku jumpa blog-blog yang komen pasal blog tu la. Rupa-rupanya dah masuk TV3 semalam. Aku pula tak tengok berita semalam. Makan malam kat luar. Baca punya baca kat blog-blog yang komen tu, terkejut juga aku. Tapi takde la pula salinan posting tu. Blog yang dikatakan tu telah dihalang untuk diakses (sebab asyik keluar "Page Load Error"). So, aku cuba guna proxy. Rupa-rupanya, dah takde dah blog tu. Yang peliknya, profil dia (snapshot oleh blogger yang sempat baca), siap ada muka dengan alamat serta nombor telefon lagi. Akaun Friendster minah yang terpapar dalam gambar tu juga telah disuspend.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni, silalah klik di sini, sini, sini, sini, sini, dan sini. Baca la kat mana-mana blog yang aku bagi tu.

Apa yang menyedihkan, tanpa disedari, ada pembaca blog-blog tu telah meninggalkan komen yang kurang sedap didengar yang mana secara lansung adalah berdosa! Tak perlulah nak kutuk berlebihan. Sekadarnya sudah la...

Apa pun, Pak Lah kata dia dah suruh orang ambil tindakan.

Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera
- katanya kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise di Alor Gajah, 27 Dis

Yang terbaru, wanita yang identitinya digunakan dalam blog tu, telah pun menemui Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan.

Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W
- katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman di Kemaman, 27 Dis

Jadi, kita tunggu dan lihat untuk berita yang selanjutnya...

beliamuda: hari ini sempat pergi ke KB Mall sekali lagi, kebetulan terserempak dengan remaja-remaja yang kononnya gothic. Yang lebih memualkan, dengan bangganya remaja-remaja ini bergambar di ruang tengah yang kebetulan ada promosi kamera. Aku rasa KB Mall ni memang port dia. Kalau nak cari budak gothic qlate, aku sarankan korang pergi sana...

Gmail lebih laju dengan FF3 dan Chrome?

Adakah anda pengguna Gmail? Jika ya, pernahkah anda membuka akaun Gmail anda menggunakan Internet Explorer 7 (IE7)? Sebenarnya, jika anda membuka Gmail anda menggunakan Firefox 3 (FF3) ataupun Google Chrome (Chrome), ianya dua kali lebih laju. Tak percaya? Itulah yang dikatakan oleh Pak Cik Google. Mungkin bagi anda yang selalu membuka Gmail dengan IE7 akan perasan dengan “Get faster Gmail” yang akan membawa anda ke paparan ini (gambar di bawah).




Menurut Google, jika anda mahu Gmail anda berjalan dengan “purata dua kali ganda lebih laju”, anda disaran untuk menggunakan FF3 ataupun Chrome. Yang menariknya, jika anda yang masih menggunakan IE6, anda akan dibawa ke paparan ini, yang mana menyarankan anda untuk menaik taraf kepada IE7.




Aku sendiri sebenarnya jarang buka IE, sebab aku ada kisah yang buat aku bengang sangat dengan IE ni. Tapi, sebab aku ada dua akaun untuk Gmail, Yahoo, FS dan sebagainya, oleh itu, aku guna juga IE sebab nak buka serentak dua-dua akaun sekali. Nanti aku ceritakan pengalaman aku yang perit dengan IE ni.

beliamuda: tak pernah lagi guna Chrome... artikel di atas diolah semula daripada laman sini...

KB Mall - Setuju dan Kecewa

Friday, December 26, 2008
Semalam aku berkesempatan ke Kota Bharu bersama Mama dan Abah. Kebetulan Abah ada baucar pembelian RM100 di Pacific, so kami ke KB Mall untuk membeli belah. Sesungguhnya, kami sekeluarga jarang sekali ke KB Mall, biasanya ke Pantai Timur sahaja. Abah kata lebih senang nak parking kereta di Pantai Timur. Jalan pun tak sesibuk di KB Mall. Sebelum itu, kami ke kedai perabot, sambil Abah menunjukkan jalan untuk New Pacific Hotel untuk memudahkan aku yang akan memandu ke sana pada malam jamuan Hari Keluarga Radicare. Abah akan mengiringi pegawai Radicare daripada Kuala Lumpur pada malam itu, so akulah yang akan membawa ahli keluarga aku yang lain ke sana.

Semasa di KB Mall, seperti yang telah aku jangkakan, pemandangan biasa yang akan aku lihat. Walaupun aku hanya masuk ke Pacific sahaja dan hanya lalu di laluan pintu masuk KB Mall, pemandangan yang “menarik” ada di sana sini. Tak perlulah aku nak katakan lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca petikan di bawah ini yang dipetik daripada YouthJihad.
Aku pergi ke KB Mall pada hari sabtu. Hari yang paling sesak di bandar Kota Bharu. Masuk sahaja ke dalam, aku lihat sekumpulan perempuan seramai 3 orang berpakaian ala-ala gothik dengan pakaian serba hitam dan rambut berwarna-warni serta mencancang. Adikku kata, mereka ni ‘budak Indie’. Oh, mungkin sedikit sahaja golongan ini. Menyusur ke dalam, terkejut aku melihat betapa ramai budak-budak Indie ini berkumpul di ruang tengah KB Mall. MasyaAllah!! Mereka menjerit-jerit, tergelak-gelak seperti syaitan. Orang ramai yang lalu-lalang menjeling kepada mereka. Di manakah hilang malu mereka ni? Daripada saiz badan dan gaya percakapan, mereka ni lebih kurang lepasan UPSR atau PMR. Muda daripadaku yang pastinya. Kemudian, setelah berjaya ‘menjelajah’ 80% pasaraya ini, lebih ramai golongan Indie yang aku temui. Paling mengecewakan, sukar untuk berjumpa lelaki apatah lagi perempuan yang memakai pakaian yang islamik! Astaghfirullah. Setiap kali bertemu wanita yang berpakaian menutup aurat dengan sempurna dan lelaki yang berpakaian kemas dan memakai kopiah, betapa bersyukurnya aku kerana rupa-rupanya masih ada lagi manusia yang patuh pada syariat Allah dan mengikut Sunnah Rasulullah. Pandangan sebegini sememangnya biasa di KL, Ipoh atau Penang. Namun, tidak pernah aku melihat pemandangan sebegini di Kelantan. Dahulu, Non-Muslim pun ‘tutup aurat’ kecuali rambut. Tapi sekarang, kalau Muslim pun dah berani buka situ buka sini, Non-Muslim macam mana? Bayangkan, di depan sebuah kedai yang menjual pakaian islamik, penjualnya memakai purdah, di pintu kedai terletak stiker ‘Kota Bharu Bandaraya Islam’, menjadi tempat berkumpulnya anak-anak yang berjiwa kosong ini. Malu! Inikah yang anda kata KEMAJUAN? BODOH!! Ini semua JAHILIYYAH!

Aku sangat-sangat la bersetuju dengan apa yang dikatakan di atas dan sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi ini. Aku juga biasa melihat pemandangan ini. Kali pertama semasa aku darjah enam iaitu di Mid Valley dan juga semasa aku belajar di MRSM Transkrian. Tak sangka dapat juga lihat di atas tanah negeri sendiri. Bak kata Pjoe, "masuk dalam KB Mall ni, tak sedar pun yang MB negeri ini adalah seorang Tok Guru" (lebih kurang macam ni la).

beliamuda: aku hanya seorang budak kampung...

TO BE CONTINUED...

Wednesday, December 24, 2008
At last, I have made my decision to continue writing in this blog. After a long time since I have been writing this blog and seeing many of my friends posting to their blog frequently. It's time for me to make the move...

to be continued...