Hari yang menarik

Wednesday, January 28, 2009

Pendahuluan

Minggu ini merupakan minggu akademik kedua di UTP. Setelah cuti bersempena Tahun Baru Cina, rakan sekelas kelihatan bersemangat untuk belajar. Baru terasa bermulanya proses pembelajaran. Tak sama seperti minggu pertama. Contoh paling ideal ialah rakan sebilik saya. Oleh kerana terlalu bersemangat, dia telah menelan habis segelas air Nescafe (AMARAN! ini produk boikot) malam sebelumnya supaya kekal segar sepanjang malam. Saya yakin, dia mahu mengulang kaji pelajaran. Mungkin juga kerana dia telah jatuh cinta dengan blog Saifulislam. Saya pun tidak pasti dia tidur pukul berapa, tapi yang pasti saya terlelap seawal jam 1 pagi lagi (mungkin lebih awal) setelah penat mengeluarkan sedikit idea berdiskusi dengan beliau tentang isu semasa.

Awal Pagi

Pagi tadi, dengan malasnya, aku memaksa untuk bangun walaupun terasa sakit dan sengal di dada (baca: chest) dan perut (baca: abdomen). Rumet aku pula dengan sendirinya terbangun setelah terkena aura kecerahan cahaya lampu. Setelah selesai solat berjemaah, aku menghadap komputer riba dan melakukan aktiviti rutin apabila aku berada dalam talian. Suasana hening di pagi hari terlerai oleh nasyid "25 Rasul" daripada saudara Hamzah yang baru pulang daripada masjid (atau surau). Saya tidak sampai hati untuk turut serta kerana suara beliau yang sungguh lunak dan merdu. Rumet saya pula telah bersiap lebih awal dan kelihatan sangat bersemangat. Rupa-rupanya dia ada kelas ganti. Oleh kerana sibuk dengan beberapa kemas kini semasa berada dalam talian, aku mengamanahkan rumet untuk mnyeru sahabat-sahabat lain untuk turut serta ke kelas, terutama yang baru bertukar kumpulan.


Di kelas

Kelas pertama, Strength of Material (SOM). Agak pantas masa berlalu di situ. Kelas juga berakhir agak awal. Aku bersama rakan sekelas yang lain maju ke Poket C untuk kelas seterusnya sambil khusyuk mendengar mereka berbicara tentang isu semasa. Aku mengajak mereka untuk lepak sebentar di In-2-Eat, tapi mereka mahu terus ke kelas. Kami tiba di C3, seperti yang telah tercatat dalam jadual aku yang telah dibuat oleh orang lain. Namun, Faris mengatakan kami telah tersalah kelas. Aku serba salah kerana itulah yang tercatat dalam jadual. Aku percayakan Faris kerana memang kami tidak ada kelas Numerical Method (Numet) di situ pada minggu lepas dan juga aku tahu ada kesilapan dalam jadual yang aku ambil daripada sahabat yang lain. Bukan apa, kerana jadual itu, aku telah terponteng, diulang terponteng kelas secara tidak sengaja. Nasib baiklah terdapat beberapa orang rakan sekelas lain yang turut merujuk jadul yang sama. Kami menuju ke C6. Oh, memang kami pernah mengadakan kelas Numet di sini.

Dengan penuh semangat, kami megisi tempat di bahagian depan. Pada masa itu, telah terdapat beberapa orang pelajar lain yang aku kira turut mengambil subjek yang sama. Dalam rancak berbual, aku sempat memandang ke ke bahagian kiri dan mendapati terdapat sekumpulan pelajar perempuan yang aku tidak kenal dan kelihatan agak senior. Kemudian aku pusing ke belakang untuk melihat pelajar-pelajar yang baru masuk. Aku terpandang saudara Pacak yang baru masuk dan terus mengusik sahabat-sahabat yang rancak berbual tentang beliau. Kemudian aku perasan yang kami mungkin tersalah kelas. Apabila aku melihat pelajar yang berada di barisan belakang, baru aku tahu yang semua di situ adalah pelajar tahun akhir yang mengambil subjek Malaysian Studies. Maknanya, kami telah tersalah kelas. Nash yang berada paling hujung dalam barisan tempat duduk, terus menghilang diri dalam sekelip mata sementara kami beransur perlahan-lahan dengan lagak seperti kelas telah dibatalkan. Nasib baik pensyarah subjek tersebut belum masuk lagi. Kalau tak, lagi tebal muka masa nak mengundur diri tu. Setelah kami tiba semula di C3, kelas telah penuh dan akhirnya kami memenuhi barisan belakang sahaja...

beliamuda: cerita di atas adalah benar-benar belaka... kalau ada yang tidak puas hati atau kemusykilan, sila ajukan pertanyaan anda di kaunter komen. Terima kasih...

Awak tahu tak apa saya nak cakap

Sunday, January 25, 2009
Di suatu malam yang dingin, aku berjalan seorang diri di padang. Suasana hitam pekat. Di suatu sudut, kelihatan satu pasangan sedang asyik memadu asmara. Aku pergi hampir kepada mereka dan memberi salam (pasangan yang beragama Islam).

Aku: Assalamualaikum.

mamat dan minah: Waalaikumussalam.

Aku: (ditujukan kepada mamat) Awak tahu tak apa saya nak cakap?

mamat: Tak tahu...

Aku: (ditujukan kepada minah) Awak tahu tak apa saya nak cakap?

minah: Tak tahu juga....

Aku: Kalau dah tak tahu apa yang saya nak cakap, tak payahlah nak ber“drama” kat sini. Ilmu tu tak cukup lagi... Ada hati nak buat kerja macam ni...

mamat dan minah kebingungan dan tersipu-sipu malu lalu mereka beredar dari situ...

Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Idea ini datang semasa aku dalam perjalanan pulang dari Chancellor Complex sebentar tadi. Aku dan Irsyad terserempak dengan satu pasangan. Tapi, aku ni tiada “kekuatan” nak menegur mereka. Apa yang aku lakukan hanyalah sekadar membuat bunyi bising supaya mereka paham. Malangnya, mamat dan minah tu tak paham. Lalu terbitlah idea di atas untuk diperdialogkan jika aku ada kekuatan untuk menegur mereka...


beliamuda: dialog di atas adalah hasil perahan idea daripada lagenda Nasrettin Hoca. Kalau nak tahu siapakah Nasrettin Hoca, silalah ke Wikipedia.

Mencari Cinta?

Thursday, January 22, 2009
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak beberapa lama kemudian dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja. Sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta.

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan. Tidak berapa lama kemudian, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik untuk saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan!

beliamuda: apa itu cinta? dua insan satu rasa?

Laman CIMB Clicks Palsu

Wednesday, January 21, 2009
Pernahkah anda menerima emel yang menyatakan mereka adalah daripada CIMB Bank dan meminta anda untuk daftar masuk (baca: login) melalui pautan yang diletakkan dalam emel tersebut. Sebenarnya, itu adalah laman palsu yang lebih dikenali sebagai "Phishing Wesbite". Jangan sekali-kali memasukkan sebarang maklumat daftar masuk anda ke laman tersebut. Laman tersebut kelihatan sama seperti laman asal CIMB Clicks, kecuali alamatnya sahaja yang berbeza. Pautan-pautan yang ada dalam laman palsu itu juga merupakan pautan yang betul. Oleh itu berhati-hatilah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang laman palsu ini, sila ke Youthfulyouth blog.

beliamuda: kalau dah terbagi maklumat tu, cepat-cepatlah hubungi CIMB Bank

Apabila Internet Menjadi Seperti Kura-Kura

Sunday, January 18, 2009
Boleh ke? Entahlah.. Lagipun itu cuma perumpamaan sahaja. Tapi, itulah realiti Internet apabila pengguna semakin tepu, maksudnya makin ramai la tu. Realiti Internet di UTP dan dimana-mana sahaja sekali pun. Sedih sekali. Apabila pelajar makin ramai yang sudah datang semula, lebar jalur (baca: bandwidth) yang tak seberapa di UTP ni mula tak cukup, walaupun DC++ masih memberikan perkhidmatan terbaik. Terima kasih untuk geng [Aw0k2]. Saja nak cakap. Geng [Aw0k2] sedak!

Tapi, aku sangat beruntung kerana masih diberi peluang untuk menggunakan Internet pada kelajuan yang lebih laju daripada apa yang dinikmati di bandar (baca: V3, V4, dan V5), kampung (baca: V1, V2 dan V6) dan juga di Cafe. Di manakah itu? Dimanakah lagi kalau bukan lokasi yang hanya sibuk pada musim peperiksaan. Itulah perpustakaan (baca: IRC – Pusat Sumber Maklumat). Tapi, hari ini hari Ahad. Maknanya, kelajuan yang bakal dinikmati berada pada tahap maksimum kerana IRC tak beroperasi. Cuti hujung minggu. Lokasi berdekatan IRC yang sangat ideal – Undercroft.


Nasib baik bersih...

Sejak semalam lagi, Irsyad mendesak untuk pergi ke sana. Katanya nak bermain permainan atas talian (baca: online game) yang digemarinya. Entah apa punya nama permainan. Eh, maaf ya Irsyad, ada sedikit tokok-tambah disitu. Tapi itu benar sekali kan? Huhu~~ Dengan senang hatinya kami menuju ke sana dalam pukul 8.30 pagi. Sampai sahaja di Blok 23, Irsyad meminta untuk berehat sebentar kerana tenaganya hampir habis. Nasib baik atas dorongan semangat daripada aku, Irsyad menabahkan hatinya untuk terus maju ke Undercroft. Walaupun kecewa dengan kekotoran di sana, kami bernasib baik kerana ada satu bahagian yang ditinggalkan bersih. Walaupun Irsyad terlebih dahulu mengkhianati aku dengan awal-awal lagi duduk di satu-satunya kerusi yang memang telah ada di situ, akhirnya kerusi itu dirampas seorang pekerja yang bertanggungjawab. Duduk atas lantai Undercroft je la.


Sedang ceria dengan permainannya...


Apakah pula aktiviti aku di sana? Aku meneruskan aktiviti aku dengan memuat turun perisian percuma (baca: freeware) yang terbaru. Sedikit sahaja versi terbaru yang ada untuk hari ini dan semalam – hari yang aku tak boleh muat turun di bilik. Aku meneruskan dengan torrent dan juga memuat naik video ke Youtube. Aku hanya sempat memuat naik lebih kurang 227MB dalam masa tiga jam daripada 1GB yang aku nak masukkan. Takpelah, daripada tak boleh lansung di bilik, sekurang-kurangnya aku sudah boleh padam video yang disunting itu daripada cakera keras aku. Namun, kami sedikit terganggu dengan pancaran matahari yang berjaya menembusi bumbung Chancellor Complex.



beliamuda: papan kekunci laptop aku sudah kotor... kalau tukar yang atas tu boleh tahan tak?

KB Mall - Gambar

Thursday, January 8, 2009

beliamuda: kredit kepada fauziantu di Flickr

Boikot Fotopages!

Tuesday, January 6, 2009
Adakah anda pengguna fotopages? Tahukah anda, itu adalah produk Israel! Hentikan segera penggunaannya.. ini buktinya >> http://whois.domaintools.com/fotopages.com

Paling menyedihkan, lebih daripada 1/3 penggunanya datang daripada Malaysia (34.7%)

beliamuda: Info ini dikutip daripada InfoMalaya.

Gelagat Manusia di Halaman Sembang

Sunday, January 4, 2009
Hari ini, sesi pertama persekolahan di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Maknanya, di rumah aku sekarang ni, hanya tinggal aku keseorangan. Seperti biasa, aktiviti aku ialah belayar di Internet. Huhu~~.

Sejak akhir-akhir ini, aku begitu asyik membaca forum dan blog-blog yang aku terjumpa berdasarkan kata kunci (keyword) yang aku guna. Semuanya berkaitan blog, adsense dan seangkatan. Tapi, rasa bosan juga kalau baca sahaja. Tambahan pula, yang dibaca adalah perkataan dalam hitam putih pulak tu. Sakit juga mata. Paling memeningkan apabila baca pasal HTML, XML dna CSS. Lagilah pening.

Sambil mengisi masa lapang, aku muat turun video-video, klip-klip menarik dan gambar-gambar berkaitan projek yang sedang aku jalankan. Ceh, bunyi macam projek besar la pulak. Tengah layan buat benda ni, blogger (blogspot) buat hal pulak. Nak upload template pulak tak boleh. Asyik error saja. Biarlah dulu. Nasib baik nak buat post baru boleh lagi.

Tiba-tiba, teringat pulak nak chat. Apa lagi, pergi ke KampungChat la. Nak praktikkan apa yang pernah dilakukan oleh Bro Adi. Tapi, yang dia punya tu, bot punya la. Auto, untuk kegunaan di MiRC. Tak payah taip sendiri. Langkah pertama, pilih nama cun – gadis perindu. Baru je masuk, lepas bagi salam, terus berlambak nak chat. Memang yang nak chat tu dasar gatal sikit la. Tak kira la apa yang ditanya, lebih kurang macam ni la yang aku tulis:

Hi.
Saya budak area klate.
Sudi tak tukar gambar dengan kita?
Kalau sudi bagi la emel, nanti kita hantar.

Ada yang bagi emel, ada yang takde emel dan bagi nombor handphone. Tak kira apa yang dia tulis lepas tu, aku dah tak tahu dan tak ambil tahu. Sebabnya, selepas dapat emel, aku terus masukkan nama-nama tersebut dalam “ignore member”. Tak kurang juga yang memulakan bicara dengan kata-kata lucah. Macam biasa, aku tulis sahaja ayat di atas. Ada dalam lebih kurang lima puluh orang yang nak berbual dengan aku. Semuanya dimulakan oleh mereka-mereka itu. Apa nak jadi la? Yang paling kelakar dengan mamat yang mengaku Arab ni. Di bawah adalah screenshot perbualan aku dengan orang tersebut.


Apa yang aku buat dengan emel tu? Entahlah. Buat koleksi dululah. Nanti nak guna, aku gunalah. Bukan nak hantar gambar pun. Kata orang, TAK HINGIN AKU!

beliamuda: sakit bahu aku nak tulis ayat kat atas tu berulang kali... sejam lebih terbuang.. haish...