Apabila ufuk mlelabuhkan tirainya pada waktu maghrib semalam maka berakhirlah ramadhan tahun ini. Kenangan ramadhan pada tahun ini sangat berbeza. Satu dimensi baru bagi insan yang masih mentah ini. Beginilah keadaanya apabila telah melanjutkan pelajaran ke universiti. Tahun ini, hanya sempat bersahur sekali sahaja dengan keluarga dan berbuka dua kali sahaja. Pengalaman berpuasa di universiti sangat berbeza di mana makan dan minum merupakan tanggungajwab yang empunya badan. Bersahur seakan tiada untuk ramadhan kali ini. Bukan apa, kena bangun sendiri dan pergi cari makanan sendiri. Berdikari la katakan...hari kedua saja, dah mula tak bangun sahur. Tapi hati tetap tabah berpuasa walaupun pada hari tersebut ada test subjek fizik.
Berpuasa tanpa sahur? Sebelum ini, perkara ini merupakan satu perkara yang tidak pernah dilakukan, tetapi seakan menjadi rutin tahun ini. Lagipun, sangat susah untuk mencari kepelbagaian dalam makanan sahur. Asyik-asyik nasi goreng ataupun mee goreng. Tapi saya tetap bersyukur kerana masih lagi dapat bersahur dengan aman. Pada mulanya, agak sukar juga. Perut menjadi lapar, tekak rasa dahaga dan badan pula tak bertenaga. Namun itulah dugaan berpuasa. Untuk mengingatkan diri ini tentang mereka yang tidak bertuah seperti diri yang hina ini. Sebenarnya, kehilangan berat badan merupakan satu benda yang paling saya tidak dikehendaki. Namun agak terkejut juga kerana saya telah kehilanngan tiga kilo. Tubuh ini sememangnya kecil, jadi pula bertambah kecil.
Namun, waktu berbuka merupakan satu saat yang sangat indah. Inilah cara berbuka student. Berbuka bersama rakan merupakan saat yang mengembirakan. Walaupun diri ini tidak pernah menjejakkan kaki ke bazar ramadhan, juadah berbuka tetap menarik. Saat berbuka bersama rakan di bilik merupakan suasana yang baru dan akan ditempuh pada masa mendatang jika diizinkan tuhan. Kurma merupakan juadah yang mesti ada. Kami beruntung kerana tiada masalah untuk mendapatkan kurma kerana terdapat rakan lain yang menyediakan stok untuk dijual. Lagipun, cafe turut menjualnya, termasuklah yang memberi secara percuma setiap kali membeli juadah berbuka. Setiap kali berbuka, nasi dengan lauk ayam merupakan kebiasaan. Cuma sekali-sekala berbuka dengan kuih-muih. Bukan apa, nak save budget la katakan.
Tiba waktu terawih, berduyung-duyung pergi ke masjid. Pada malam pertama, memang sangat ramai. Dan itulah kali pertama saya berterawih cukup dua puluh. Kebiasaannya lapan sahaja. Dan itulah satu-satunya terawih yang dua puluh saya buat dalam ramdhan tahun ini, yang lainnya lapan sahaja. Itupan ada yang tinggal; tertinggal ataupun kerana terpaksa sebab ada kelas. Kalau tertinggal tu kerana tidur. Letih sangat. Rasanya, untuk ceritakan segalanya adalah mustahil. Cukuplah sekadar coretan ringkas ini.
Salam Aidilfitri.
***menanti ramadhan tahun hadapan, 1429 Hijrah.
0 komentar:
Post a Comment
Ada komen?