Hari yang menarik

Wednesday, January 28, 2009

Pendahuluan

Minggu ini merupakan minggu akademik kedua di UTP. Setelah cuti bersempena Tahun Baru Cina, rakan sekelas kelihatan bersemangat untuk belajar. Baru terasa bermulanya proses pembelajaran. Tak sama seperti minggu pertama. Contoh paling ideal ialah rakan sebilik saya. Oleh kerana terlalu bersemangat, dia telah menelan habis segelas air Nescafe (AMARAN! ini produk boikot) malam sebelumnya supaya kekal segar sepanjang malam. Saya yakin, dia mahu mengulang kaji pelajaran. Mungkin juga kerana dia telah jatuh cinta dengan blog Saifulislam. Saya pun tidak pasti dia tidur pukul berapa, tapi yang pasti saya terlelap seawal jam 1 pagi lagi (mungkin lebih awal) setelah penat mengeluarkan sedikit idea berdiskusi dengan beliau tentang isu semasa.

Awal Pagi

Pagi tadi, dengan malasnya, aku memaksa untuk bangun walaupun terasa sakit dan sengal di dada (baca: chest) dan perut (baca: abdomen). Rumet aku pula dengan sendirinya terbangun setelah terkena aura kecerahan cahaya lampu. Setelah selesai solat berjemaah, aku menghadap komputer riba dan melakukan aktiviti rutin apabila aku berada dalam talian. Suasana hening di pagi hari terlerai oleh nasyid "25 Rasul" daripada saudara Hamzah yang baru pulang daripada masjid (atau surau). Saya tidak sampai hati untuk turut serta kerana suara beliau yang sungguh lunak dan merdu. Rumet saya pula telah bersiap lebih awal dan kelihatan sangat bersemangat. Rupa-rupanya dia ada kelas ganti. Oleh kerana sibuk dengan beberapa kemas kini semasa berada dalam talian, aku mengamanahkan rumet untuk mnyeru sahabat-sahabat lain untuk turut serta ke kelas, terutama yang baru bertukar kumpulan.


Di kelas

Kelas pertama, Strength of Material (SOM). Agak pantas masa berlalu di situ. Kelas juga berakhir agak awal. Aku bersama rakan sekelas yang lain maju ke Poket C untuk kelas seterusnya sambil khusyuk mendengar mereka berbicara tentang isu semasa. Aku mengajak mereka untuk lepak sebentar di In-2-Eat, tapi mereka mahu terus ke kelas. Kami tiba di C3, seperti yang telah tercatat dalam jadual aku yang telah dibuat oleh orang lain. Namun, Faris mengatakan kami telah tersalah kelas. Aku serba salah kerana itulah yang tercatat dalam jadual. Aku percayakan Faris kerana memang kami tidak ada kelas Numerical Method (Numet) di situ pada minggu lepas dan juga aku tahu ada kesilapan dalam jadual yang aku ambil daripada sahabat yang lain. Bukan apa, kerana jadual itu, aku telah terponteng, diulang terponteng kelas secara tidak sengaja. Nasib baiklah terdapat beberapa orang rakan sekelas lain yang turut merujuk jadul yang sama. Kami menuju ke C6. Oh, memang kami pernah mengadakan kelas Numet di sini.

Dengan penuh semangat, kami megisi tempat di bahagian depan. Pada masa itu, telah terdapat beberapa orang pelajar lain yang aku kira turut mengambil subjek yang sama. Dalam rancak berbual, aku sempat memandang ke ke bahagian kiri dan mendapati terdapat sekumpulan pelajar perempuan yang aku tidak kenal dan kelihatan agak senior. Kemudian aku pusing ke belakang untuk melihat pelajar-pelajar yang baru masuk. Aku terpandang saudara Pacak yang baru masuk dan terus mengusik sahabat-sahabat yang rancak berbual tentang beliau. Kemudian aku perasan yang kami mungkin tersalah kelas. Apabila aku melihat pelajar yang berada di barisan belakang, baru aku tahu yang semua di situ adalah pelajar tahun akhir yang mengambil subjek Malaysian Studies. Maknanya, kami telah tersalah kelas. Nash yang berada paling hujung dalam barisan tempat duduk, terus menghilang diri dalam sekelip mata sementara kami beransur perlahan-lahan dengan lagak seperti kelas telah dibatalkan. Nasib baik pensyarah subjek tersebut belum masuk lagi. Kalau tak, lagi tebal muka masa nak mengundur diri tu. Setelah kami tiba semula di C3, kelas telah penuh dan akhirnya kami memenuhi barisan belakang sahaja...

beliamuda: cerita di atas adalah benar-benar belaka... kalau ada yang tidak puas hati atau kemusykilan, sila ajukan pertanyaan anda di kaunter komen. Terima kasih...

2 komentar:

terry bogart said...

tadi rumate awak contact saya ...dia kata, dia bukan sengaja beli Nescafe...dia beli lama dah..sebelum kejatuhan melayu melaka lagi... dan bkaiatn dia pi minum Nescafe tu, disebabkan lama sangat xminum, dia ingatkan nak bancuh Nescafe tu macam bancuh Horlick...so, 2 sudu dia bubuh...hehe

satu lg, dia memang dah fall in love ngan blog saifulislam..

lastly, aiiii...pagi ni xde lecture ke?...lepak je awak...xmau mandi eaa? (jam menunjukkan 7.17am)

nifi a.k.a beliamuda said...

Saya tahu.. saya faham tentang itu...

Awal lagi kalau nak gerak pun... macam tak biasa.. aku kan on time

Post a Comment

Ada komen?