Tiga Jejaka

Saturday, February 28, 2009
[dari kiri - Hamzah, Hazwan Arif, dan Muhammad]

Biarlah gambar yang menceritakan segalanya...

Aku telah melaksanakan apa yang kamu mahu...


Oh ya, aku yang mengambil gambar di atas.

Jadi, aku tiada dalam gambar tersebut.

Harap maklum...

beliamuda: sila berikan komen anda tentang jejaka-jejaka di atas... Terima kasih...

Tag oleh Amin

Friday, February 27, 2009
Aku ditag oleh Amin Baek..Tag ini memerlukn aku tuk beri kgunaan sbnr barang dan kgunaan lain..~~

ANAK KUNCI
Kegunaan asal: buka ibu atau bapa kunci
Kegunaan lain: koleksi...

PENUTUP PEN
Kegunaan asal: Penutup pen adalah penutup pen
Kegunaan lain: kreatif sikit - membersihkan telinga...

BOTOL MINERAL
Kegunaan asal: simpan air mineral
Kegunaan lain: isi air + pasir, boleh buat dumbell...

SELUAR DALAM LAMA
Kegunaan asal: koleksi atau bahan bakar
Kegunaan lain: ....

LESUNG BATU
Kegunaan asal: buat menghancurkan bahan masakan
Kegunaan lain: senjata pertahanan...

LANGSIR
Kegunaan asal: penghias di tingkap
Kegunaan lain: lap tangan kot... dan seangkatan...

KOMPUTER PEJABAT
Kegunaan asal: kerja-kerja pejabat
Kegunaan lain: chatting, IM, video, surfing, downloan torrent...

DUIT SYILING
Kegunaan asal: medium jual beli
Kegunaan lain: untuk disimpan supaya rumet dapat guna apabila diperlukan...

LAMAN BLOG
Kegunaan asal: luahan hati, buat duit, promo bisnes, dan media alternatif
Kegunaan lain: mengutuk, mengata, memfitnah... (bukan aku~~)

Mangsa seterusnya:
Aku bukan pemangsa... kamu selamat

Gagal 775 kali ujian memandu

Wednesday, February 25, 2009
SEOUL 24 Feb. – Seorang wanita Korea Selatan, gagal dalam 775 ujian memandu dalam tempoh empat tahun lalu tetapi masih bertekad untuk terus mencuba sehingga berjaya.

Cha Sa-soon, 68, telah mencuba sejak 2005 untuk lulus ujian bertulis bagi mendapatkan lesen memandu, namun sehingga kini beliau masih gagal memperoleh minimum 60 peratus yang ditetapkan untuk lulus.

Sa-soon berazam untuk mendapatkan lesen tersebut bagi membolehkannya memiliki sebuah trak untuk memulakan perniagaan sendiri, telah membelanjakan lebih 10 juta won (kira-kira RM23,800) untuk melalui proses ujian berkenaan.

“Saya percaya anda akan dapat mencapai matlamat anda jika anda bersungguh-sungguh mengejarnya. Jadi jangan hapuskan impian anda, seperti saya. Kuatkan diri dan lakukan terbaik,” katanya. – REUTERS

Semasa memulakan rutin harian pada hari ini dengan membaca suapan (baca: feed) yang aku langgan melalui Greader, satu berita di Utusan Malaysia menarik perhatian aku. Tajuk berita, “Gagal 775 kali ujian memandu”. Benda pertama yang datang dalam kepala aku, ini mesti bukan berlaku di Malaysia. Kalau di Malaysia ni, setakat gagal dua tiga kali tu biasalah. Tapi, yang lebih daripada tu mustahil sekali untuk didengar. Paling tidak, ada la sedikit duit kopi yang dihulur. Tak pun, buat lesen terbang (banyak lagi ke kes macam ni sekarang?).


Sekadar gambar hiasan

Dalam ujian memandu, aku hanya pernah kena ulang sekali sahaja. Itu pun untuk motorsikal, ujian Bahagian III. Masa ujian ulangan tu, aku seorang sahaja yang ada di situ kerana aku tiba agak lewat di Pusat Memandu. Bila sampai je, tengok semua orang dah balik. Nasib baik orang JPJ tu masih ada. Aku pun memulakan ujian ulangan aku. Sepatutnya, aku masih tidak lulus pada hari tersebut, tetapi kerana mood pemeriksa tu tengah baik, dia bagi aku lulus. PERHATIAN! - Aku tak hulur apa-apa ya kepada orang JPJ tu.

Tempoh waktu aku memegang lesen L agak lama, iaitu lebih kurang setahun. Masa aku memulakan latihan memandu, waktu tu dah akhir bulan Disember. Awal bulan Januari, aku telah mendaftar masuk ke UTP. Dalam tempoh tu, terpaksalah aku memperbaharui lesen L beberapa kali. Ramai juga kawan-kawan aku yang mengambil tempoh yang lama untuk mendapatkan lesen. Bukan kerana tidak tahu, tetapi rata-rata kerana telah menyambung pelajaran. Kebanyakannya, kawan-kawan daripada UTP lah. Entah-entah, ada yang kena ulang balik daripada awal. Kena bayar balik. Rugi masa, tenaga dan wang ringgit. Nasihat aku, kalau nak ambil lesen tu, pastikan ada ruang masa dan wang yang cukup. Kalau tak cukup lagi, tangguh la dulu. Nanti membazir saja. Kalau setakat nak bawa motor dalam UTP ni, tak perlu lesen la. Tak pernah lagi Pok Gad tahan semata-mata untuk minta lesen.

beliamuda: meraikan rumet yang baru mendapat lesen P. Tahniah!

Semalam yang meletihkan

Thursday, February 19, 2009
Sudah lama aku tidak berjaga malam. Sepanjang malam. Kali terakhir aku melakukannya, ketika aku masih di Foundation. Namun, semalam bukan berjaga malam seperti yang dulu. Kalau yang dulu berjaga kerana marathon tengok muvi, tetapi kali ini kerana meeting lab group.

Semuanya bermula gara-gara lab Sepro yang tertangguh selama dua minggu. Bukan sengaja, tetapi seakan tabiat lama. Uhuk-uhuk... Ada sedikit kesukaran dalam menyiapkan laporan eksperimen tersebut. Silap aku juga kerana tidak mampu untuk memberikan komitmen. Bukan tidak mahu, tetapi ada sedikit gangguan semasa hujung minggu lepas. Tiba-tiba aku demam, batuk dan selsema. Sampai hari ini masih batuk lagi. Boss pula sibuk. Jadi, tidak ada orang yang mengawal group 8.

Dengan segala usaha yang ada, kami berhasil menyiapkan laporan eksperimen untuk Sepro, dalam serba kekurangan. Nasib baik ada ahli tambahan, Amin, Presiden RSCU UTP. Huhu~~. Bangga pun ada juga dapat satu kumpulan dengan orang yang mantap macam dia. Cuma dia agak sibuk sedikit la.

Dalam keterlewatan menyudahkan laporang tersebut, kami terpaksa membayar kos yang tinggi. Laporan eksperimen Process Heat Transfer (PHT) juga tertangguh secara automatik. Yang menariknya, laporan tersebut wajib dihantar pada hari ini. Aku tak sangka pula pengiraan daripada data eksperimen sangat banyak. Tak seperti prosedur eksperimen yang agak senang. Cis... Punya la panjang.

Maka, semalam kami berkumpul untuk menyiapkan laporan tersebut. Nasib baik aku telah awal-awal lagi memasukkan data ke dalam MS Excel untuk proses pengiraan dan keputusan. Aku telah mengedarkan data tersebut kepada setiap ahli kumpulan. Semalam baru aku perasan banyak sangat pengiraan yang kena buat dengan segala formula yang panjang lagi pelik. Nasib baik aku berhasil mengeksploitasi MS Excel untuk pengiraan. Tapi, kami masih belum mampu menyudahkannya....

Kami berkumpul di cafe V4 sebelum bergerak ke cafe V5 pada pukul 12 malam kerana kesiankan Farah yang tinggal di V5. Akhirnya, kami bertiga sahaja yang tinggal buat kerja – aku, Shahwal dan Luqman. Farah awal-awal lagi dah beransur pulang ke bilik menyahut seruan bantalnya. Cis... Kami meneruskan pengiraan sambil layan lagu Rock Kapak. Nampaknya, Luqman juga tidak mampu untuk bertahan. Aku dan Shahwal meneruskan pengiraan yang sangat banyak itu sambil melayan trailer muvi-muvi terbaru. Maklumlah, internet sangat laju masa tu.

Shahwal tengah melantak~~

Memang betul-betul khusyuk ni...

Akhirnya, kami semua pulang ke bilik masing-masing tepat pukul 4.50 pagi. Semasa tiba di bilik, aku terus buka balik laptop untuk layan drama “Heroes” sambil makan. Sekitar pukul 6 aku terlelap sebelum bangun semula untuk solat subuh dan ke kelas yang bermula pukul 8. Luqman awal-awal lagi dah keluar untuk ke Pusat Memandu. Dalam keadaan yang masih mengantuk, aku mengagahkan diri ke kelas dan nasib baik Dr. Muru hanya buat latihan sepanjang kelas. Maklumlah, tutorial. Selalunya, dia bagi syarahan. Habis sahaja kelas, terus aku berjalan pulang seorang diri sebelum singgah ke bilik Apih di V3. Oh, saya sudah tidak mengantuk...

Gambar Luqman tidak dapat disiarkan atas masalah bukan teknikal

Pukul 12 terpaksa ke makmal untuk menghantar laporan dan juga untuk Viva. Hajatnya, nak keluar potong rambut la hari ni...

p/s: kalau sesiapa yang baca di twitter aku (@beliamuda), lebih kurang la apa yang aku update kat sana.

beliamuda: banyak lagi kerja tertangguh... resolusi semalam, tak nak tangguh kerja... berjaya ke?

Minta maaf secara terbuka

Friday, February 13, 2009
Al-kisah, tersebutlah kisah aku yang tidak enak sebenarnya untuk aku kongsikan. Semalam, aku secara tidak sengaja telah menyebabkan seorang downline aku marah. Aku yang ketika itu sedang gembira dengan perbincangan untuk laporan eksperimen, terkejut dengan mesej yang dihantar kemudiannya. Aku jawab mesej itu secara ringkas. Tiba-tiba sahaja dia marah. Dan dia sememangnya sangat marah...

Kemudiannya, hari ini aku terbaca satu entri di blog seorang kawan yang juga sedang marah. Aku rasa aku turut terlibat. Terasa juga bila baca entri tersebut.

Aku paling resah dan risau apabila seseorang sedang marah kepada aku, lebih-lebih lagi apabila orang tersebut adalah orang yang kenal dengan aku. Maksudnya, kalau orang yang tak kenal tu, tak risau sangat la.

Satu lagi tragedi yang lebih parah, sampai sekarang membuat aku resah.

beliamuda: entri ini ditulis secara tergesa-gesa ketika aku berada di forum "Kemana Arah Cintaku". Nanti akan ditambah lagi. Entri ini dihantar menggunakan telefon bimbit.

Hari Valentine

Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia.

Malang sekali, ritual yang tidak punya sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-anak muda kita. Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.

belimuda: untuk lebih lanjut tentang petikan daripada khutbah jumaat di atas, sila ke Saifulislam.

Hikmah Sujud dalam Solat

Tuesday, February 10, 2009

Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak menyedari akan hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malahan ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Antara hikmah melakukan sujud ialah:

  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • Melegekan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak lansung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
  • Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.

beliamuda: artikel ini ambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP

Ayat-Ayat Melankolik

Monday, February 9, 2009
“Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah, kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi”

“Apabila kita diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu daripada Dia Yang Maha Memberi Cahaya”

“Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapapun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil”

“Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Maha Melihat segala-galanya”

“Apabila lemah tidak berdaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu daripada Dia Yang Maha Perkasa”

“Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya”

“Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menerimamu, carilah jalan lurus itu daripada Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup”

“Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar”

“Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya”

beliamuda: artikel ini diambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP

p/s: dengar kata polis Malaysia dah mula pakai Mitsubishi Evo 10 untuk tujuan undercover

5 Tip Pengurusan Masa yang Efektif

Sunday, February 8, 2009

  1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin untuk mengelakkan momentum tersebut hilang “umhnya”.

  2. Tahu dan kenal pasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang penting dan perlu disiapkan segera.

  3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang untuk membantu anda. Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk menyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.

  4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri untuk sesetengah keadaan. Kadang kala anda perlu mengikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya yang perlu dibantu.

  5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.

beliamuda: artikel ini diambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP

Perhimpunan Alumni UTP ESQ 165

Saturday, February 7, 2009

Tarikh: 9 Februari 2009

Masa: 9.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat: LH1

7 Soalan Lelaki Kepada Pasangannya

Tuesday, February 3, 2009
  1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

  2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

  3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

  4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

  5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

  6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

  7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

beliamuda: untuk lebih lanjut mengenai perkara di atas, sila ke Saifulislam.

Gelanggang baru UTP

Sunday, February 1, 2009

Hujan oh hujan

Sejak awal minggu ini, waktu petang sering diiringi dengan hujan yang lebat yang kemudiannya beransur-ansur renyai. Suasana dingin sebegini selalu mengundang perasaan damai di hati dan sememangnya membuatkan kita mudah mengantuk dan rasa nak tidur.

Aku sendiri melihat kebanyakan pelajar UTP yang selalu turun pada waktu petang untuk beriadah dan juga bagi pelajar yang mengadakan latihan seperti futsal, bola sepak dan bola tampar untuk pelbagai pertandingan yang bakal diadakan sama ada pertandingan dalam UTP ataupun luar UTP tidak dapat meneruskan aktiviti mereka.

Waktu malam

Alternatifnya, waktu malam menjadi pilihan. Namun, hanya gelanggang-gelanggang permainan seperti tenis, bola keranjang, bola tampar dan bola jaring sahaja yang dilengkapi lampu. Di manakah kawasan untuk mereka yang ingin bermain futsal dan bola sepak? Bukan sedikit yang menggemari permainan ini. Tambahan pula sekarang adalah awal semester, semestinya ramai pelajar yang turun untuk bermain sementara mngisi masa lapang mereka yang belum ditimbuni dengan tugasan-tugasan akademik.

Malam jumaat yang lepas, semasa aku dan Akmal ke gelanggang bola keranjang untuk bermain, kami dapat melihat betapa ramainya pelajar yang berada di gelanggang-gelanggang permainan yang ada kemudahan lampu. Sebenarnya, kami sendiri juga tidak bermain di gelanggang yang sebenar, sebaliknya kami hanya bermain di gelanggang sebelah yang jauh lebih kecil. Nasib baik tidak ramai pelajar yang turun untuk bermain bola keranjang pada malam itu.

Di luar kawasan gelanggang, aku dapat melihat tiga kelompok besar pelajar yang ingin bermain futsal tapi tiada gelanggang yang sesuai. Sebenarnya, di kawasan V5 sudah ada gelanggang baru untuk bola keranjang dan futsal. Namun, gelanggang tersebut belum dibuka. Mengikut notis yang diletakkan di pintu pagar gelanggang tersebut, ianya ditutup bagi memberikan masa untuk proses pengeringan. Namun, aku pasti notis itu paling kurang telah berada di situ lebih kurang dua minggu yang lalu.

Telah dirasmikan

Untuk pengetahuan, gelanggang baru tersebut telah “dirasmikan” dua hari sebelum Tahun Baru Cina. Perasminya, pelajar negara asing. Mereka dengan rasa tidak bersalahnya, telah memecah masuk kawasan tersebut untuk bermain futsal. Tapi, aku tidak tahu bagaimana mereka boleh memasuki kawasan itu. Mungkin dengan memanjat pagar?

Walau apa pun, diharap pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan tarikh sebenar bila gelanggang tersebut dapat digunakan. Harap maklum.

beliamuda: tak sabar nak dengar jawapan daripada MPP

Terkini <5.22pm>: Ini jawapan daripada MPP