Israel mengganas lagi

Monday, December 29, 2008
Semalam, semasa di majlis makan malam tahunan Radifleet Sdn. Bhd., aku menerima satu mesej daripada seorang kawan.

Gaza sedang diserang... Ribuan cedera+terbunuh... Saudara seIslam memerlukan solah hajat kalian.. (jgn main forward2 kalau xbuat)...

Aku terkejut juga. Tapi, bila baca ayat yang akhir tu, rasa lucu pula. Huhu~~. Itu memang stail dia. Dia paling benci orang forward mesej, tapi tak buat apa yang ada dalam mesej tu.

Hari ini, berita mengenai serangan Israel ke atas Gaza terpapar di dada-dada akhbar. Di bawah ialah petikan berita daripada Utusan Malaysian Online edisi 29 Dis, bertajuk "Israel terus mengganas" dan "Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza"

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

- Israel terus mengganas, Utusan Malaysia Online


KEKEJAMAN ISRAEL... Sebuah keluarga berlari menyelamatkan diri apabila peluru berpandu tentera udara Israel memusnahkan bangunan di kem pelarian Rafah, Genting Gaza, dalam serangan terbaru rejim zionis di wilayah berkenaan, semalam. - AFP


BANDAR GAZA 28 Dis. - Israel tidak mengendahkan seruan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan serangan, sebaliknya memberi amaran akan memperhebatkan operasi tentera ke atas Genting Gaza, termasuk mengerahkan askarnya ke wilayah Palestin ini.

Amaran Israel itu dikeluarkan ketika pesawat pejuang rejim Yahudi itu terus membedil kedudukan Hamas di wilayah ini hari ini menyebabkan enam lagi rakyat Palestin terkorban, menjadikan lebih 290 rakyat Palestin maut, manakala 650 lagi cedera dalam tempoh 24 jam selepas serangan udara Israel pertengahan pagi semalam.

Bumi Gaza telah dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu pesawat udara Israel dalam tempoh itu.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berikrar untuk meluaskan kempen pengeboman besar-besaran yang dilancarkan, sebagai membalas tembakan roket pejuang Hamas.

- Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza, Utusan Malaysia Online


Untuk berita penuh, sila semak mana-mana akhbar ataupun laman-laman berkaitan.

beliamuda: kenapa kita sentiasa ditindas? tepuk dada, tanya selera!

0 komentar:

Post a Comment

Ada komen?