7 Soalan Lelaki Kepada Pasangannya

Tuesday, February 3, 2009
  1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

  2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

  3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

  4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

  5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

  6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

  7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

beliamuda: untuk lebih lanjut mengenai perkara di atas, sila ke Saifulislam.

9 komentar:

Anonymous said...

mampukah lg di zaman ni tuk cari isteri sebaik itu?

klu perkahwinan ats dasar cinta semata2,belum tentu dpt bertahan.

mesti ats dasar tuk dptkan redhaNya.

tp sy sudah jumpa,wanita itu.

ibu sy sendiri.
seorang yg sgt tabah.

nifi a.k.a beliamuda said...

begitulah sukarnya untuk mencari sebutir berlian di antara hamparan kaca...

lelaki juga begitu.. mudahkah untuk mencari lelaki sebaik itu?

Anonymous said...

masih ada lagi wanita sebaik itu di dunia ini tetapi hanya denagn berdoa kepada Allah dan berusaha untuk memperbaiki diri kita..
keyakinan kepada Allah adalah segala-galanya..
jangan sesekali bersangka buruk terhadap Allah..
setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah dan maksud yang tersirat..
Allah menyukai hambanya yang selalu mengadu dan merayu kepadaNya.
Berdoalah..
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah.. =)

nifi a.k.a beliamuda said...

Terima kasih di atas nasihat anda.

Boleh memperkenalkan diri anda?

Anonymous said...

Sekiranya segala-galanya adalah semata-mata kerana Allah S.W.T didalam kehidupanmu wahai hamba Allah..sesungguhnya tidak akan wujud persoalan-persoalan di atas. Allah itu MAHA adil terhadap makhluk-Nya. (^_^)

Anonymous said...

salam alaik..saya setuju dengan anon tue..insya Allah sebuah bahtera yang didirikan atas mencari redha Allah..akan dapat rahmatNya..sesungguhnya wanita itu yang terbaik untuk kamu, maka jagalah dia dengan sebaiknya..
but then, first..kita kena baik dulu (n n)

insya Allah kita semua akan dapat jodoh yang mencintai kita kerana Allah bukan fizikal semata-mata...

kalo x dapat anak kat dunia..di syurga menanti..insya Allah

nifi a.k.a beliamuda said...

Terima kasih di atas nasihat dan kata-kata anon semua...

Anonymous said...

banyak nye anon...

nifi a.k.a beliamuda said...

Tu la.. Kalau letak nama samaran pun ok juga. Boleh nak bezakan siapa dan siapa. Kalau semua nak guna anon, payah sikit la...

Post a Comment

Ada komen?