Ayat-Ayat Melankolik

Monday, February 9, 2009
“Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah, kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi”

“Apabila kita diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu daripada Dia Yang Maha Memberi Cahaya”

“Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapapun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil”

“Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Maha Melihat segala-galanya”

“Apabila lemah tidak berdaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu daripada Dia Yang Maha Perkasa”

“Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya”

“Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menerimamu, carilah jalan lurus itu daripada Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup”

“Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar”

“Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya”

beliamuda: artikel ini diambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP

p/s: dengar kata polis Malaysia dah mula pakai Mitsubishi Evo 10 untuk tujuan undercover

2 komentar:

Anonymous said...

Boleh dijadikan kata2 motivasi yg hebat. Selalunya kata2 motivasi yg orang agung2kan ialah dari pakar motivasi bukan Islam. Nah, kata2 motivasi menjurus kepada Islamic yang lebih hebat.
View Profile: Rantong

nifi a.k.a beliamuda said...

sekadar renungan untuk semua dan diri sendiri...

Post a Comment

Ada komen?