Gagal 775 kali ujian memandu

Wednesday, February 25, 2009
SEOUL 24 Feb. – Seorang wanita Korea Selatan, gagal dalam 775 ujian memandu dalam tempoh empat tahun lalu tetapi masih bertekad untuk terus mencuba sehingga berjaya.

Cha Sa-soon, 68, telah mencuba sejak 2005 untuk lulus ujian bertulis bagi mendapatkan lesen memandu, namun sehingga kini beliau masih gagal memperoleh minimum 60 peratus yang ditetapkan untuk lulus.

Sa-soon berazam untuk mendapatkan lesen tersebut bagi membolehkannya memiliki sebuah trak untuk memulakan perniagaan sendiri, telah membelanjakan lebih 10 juta won (kira-kira RM23,800) untuk melalui proses ujian berkenaan.

“Saya percaya anda akan dapat mencapai matlamat anda jika anda bersungguh-sungguh mengejarnya. Jadi jangan hapuskan impian anda, seperti saya. Kuatkan diri dan lakukan terbaik,” katanya. – REUTERS

Semasa memulakan rutin harian pada hari ini dengan membaca suapan (baca: feed) yang aku langgan melalui Greader, satu berita di Utusan Malaysia menarik perhatian aku. Tajuk berita, “Gagal 775 kali ujian memandu”. Benda pertama yang datang dalam kepala aku, ini mesti bukan berlaku di Malaysia. Kalau di Malaysia ni, setakat gagal dua tiga kali tu biasalah. Tapi, yang lebih daripada tu mustahil sekali untuk didengar. Paling tidak, ada la sedikit duit kopi yang dihulur. Tak pun, buat lesen terbang (banyak lagi ke kes macam ni sekarang?).


Sekadar gambar hiasan

Dalam ujian memandu, aku hanya pernah kena ulang sekali sahaja. Itu pun untuk motorsikal, ujian Bahagian III. Masa ujian ulangan tu, aku seorang sahaja yang ada di situ kerana aku tiba agak lewat di Pusat Memandu. Bila sampai je, tengok semua orang dah balik. Nasib baik orang JPJ tu masih ada. Aku pun memulakan ujian ulangan aku. Sepatutnya, aku masih tidak lulus pada hari tersebut, tetapi kerana mood pemeriksa tu tengah baik, dia bagi aku lulus. PERHATIAN! - Aku tak hulur apa-apa ya kepada orang JPJ tu.

Tempoh waktu aku memegang lesen L agak lama, iaitu lebih kurang setahun. Masa aku memulakan latihan memandu, waktu tu dah akhir bulan Disember. Awal bulan Januari, aku telah mendaftar masuk ke UTP. Dalam tempoh tu, terpaksalah aku memperbaharui lesen L beberapa kali. Ramai juga kawan-kawan aku yang mengambil tempoh yang lama untuk mendapatkan lesen. Bukan kerana tidak tahu, tetapi rata-rata kerana telah menyambung pelajaran. Kebanyakannya, kawan-kawan daripada UTP lah. Entah-entah, ada yang kena ulang balik daripada awal. Kena bayar balik. Rugi masa, tenaga dan wang ringgit. Nasihat aku, kalau nak ambil lesen tu, pastikan ada ruang masa dan wang yang cukup. Kalau tak cukup lagi, tangguh la dulu. Nanti membazir saja. Kalau setakat nak bawa motor dalam UTP ni, tak perlu lesen la. Tak pernah lagi Pok Gad tahan semata-mata untuk minta lesen.

beliamuda: meraikan rumet yang baru mendapat lesen P. Tahniah!

5 komentar:

terry bogart said...

tq my rumate!!!


by the way...aku sokong pendapat ko tu...coz seriously masa aku pi belajar mandu haritu...depan mata aku...ada sorang tenaga pengajar tu cakap kepada seorg chinesse tu...suruh dia hulur rm100 kalau nak lulus....the chinesse tu dah 3 kali gagal...si tnga pngajar dan jpj tu...dua2 melayu....malu aku dibuatnya.... tiba teringat lagu dr.maza...huhu

nifi a.k.a beliamuda said...

beyeh...

link ke lagu Dr. Maza >> http://beliamuda.blogspot.com/2008/12/aku-bukan-musuh-harta.html

Hazwan said...

aku prnah failed..
hua3

Amin Baek said...

haha..aku xpenah fail..yeah..bangga2..nipi,anda tlah dtagged..tgk blog aku

nifi a.k.a beliamuda said...

aku telah selesaikan Tag oleh kamu... Huhu~~

Post a Comment

Ada komen?